pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi
pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendambakan kau disisi
pagiku hanyalah sehelai selimut ingatan yang mengganggu tidurku saban malam
pagiku hanyalah hari hari muram yang bertandang dalam diam
pagiku hanyalah kesedihan tanpa kesudahan yang terpaksa kutelan
pagiku hanyalah ramuan pengajaran yang kumamah sebagai teladan
pagiku hanyalah resepi yang kugaul jadi pedoman
pagiku hanyalah pagi yang tinggal catatan
jy, kota kinabalu
29 mei 2016
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...