10 July, 2015

Mempersoalkan solat seseorang, wajarkah?

Bagaimana seseorang boleh menuduh seseorang yang lain tidak mengerjakan solat, sedangkan orang yang menuduh itu sendiri tidak pernah melihat adakah orang yang dituduhnya itu bersolat atau tidak. Kenapa hal begini berlaku, dan perlukah seseorang itu memberitahu kepada seseorang yang lain bila waktu dia bersolat. Bukankah bersolat itu urusan individu itu sendiri dengan Allah? Perlukah seseorang itu memberitahu "untuk perhatian kepada semua orang, aku sudah bersolat...." Adakah begitu caranya? Meminjam kata-kata SN Datuk A. Samad Said, "terima kasihlah kepada penjaga pintu syurga" atas keprihatinan kalian itu...

Ummi ke Laos...

Ummi telah terbang ke Laos pagi tadi....itulah maklumat mutakhir kuterima dari seorang bekas rakan sekuliahnya.  Aduhai...moga kau selamat dalam perjalanan pergi, dipermudahkan segala urusan selama di sana dan kemudian selamat kembali semula ke bumi Malaysia.

09 July, 2015

Tentang malim gunung......Eudi, apa khabarmu waktu ini?

Kejadian gempa bumi di Sabah pada 5 Jun 2015 yang lalu, yang berkekuatan 6.0 magnititud mengingatkan JY pada tarikh yang sama, 5 Jun 2001, empat belas tahun yang lalu, JY dan beberapa rakan dalam Ikatan Penulis Sabah (IPS), telah menawan puncak kinabalu dalam program Dari Kota ke Kinabalu. Waktu itu, malim gunung kami bernama Eudi. JY masih ingat, sewaktu pendakian, seorang ahli kami mengalami kekejangan otot dan hampir tidak berjaya meneruskan perjalanan ke puncak. Tapi Eudi inilah, yang sanggup memapah dan malah sesekali menggendong ahli kami sampai ke puncak. Inilah antara pengorbanan malim gunung yang kurang diambil peduli oleh orang sebelum ini. Tapi selepas kejadian gempa, barulah semua pihak terbuka mata. Aduhai, dimanakan Saudara Eudi sekarang ini? Adakah dia masih bertugas sebagai malim gunung? Moga saudara Eudi sihat bersama keluarga, dan terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk berkhidmat kepada masyarakat.

07 July, 2015

tetang 'perahu baharu'

hanya tinggal kalian yang diharapkan
untuk melukis semula peta
yang telah musnah diconteng
padamkan peta lama dan usang
ayuh, berkayuh di perahu baharu
semakin laju menuju gaharu

JY, kk
7/7/2015

ungkapan mindaku...

 Saya sangat bersetuju dengan ungkapan-ungkapan ini :
1. Saat sangat tiada, walaupun yang diminta sangat sedikit, tentu sangat sukar untuk dipenuhi.
2. Bagus juga bila sesekali merasai susah, kerana waktu susah inilah, kita mengenali  
     siapa saudara, siapa rakan dan siapa sahabat kita yang sebenarnya.

JY
7/7/2015

29 June, 2015

Memegang amanah...

Tanpa disedari, amanah sahabatku ini telah kupegang hampir 14 tahun lamanya. Ya, amanah "dari seseorang untuk seseorang" yang pada awalnya hanya untuk tempoh 10 tahun. Namun diberi kepercayaan untuk memegang amanah ini untuk beberapa tahun lagi, sehingga pada 24 Julai 2015 akan datang, maka genaplah 14 tahun amanah mu ini ku simpan. Aduhai, rupanya memegang dan menjaga amanah ini lebih berat dari memelihara ikatan persahabatan. Sampai masanya akan kupulangkan kepada kalian yang lebih berhak...

Tentang Bu Dayang...

Bertahun tidak mengikuti perkembangan Ibunda Dayang Salmah Salam @ Ibu Dayang. Moga beliau sihat dan sentiasa diberikan kekuatan kudrat oleh Allah SWT. Selamat mengerjakan ibadah puasa Ibundaku....

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya