01 September, 2016

Tentang KAU II

sikap KAU memaksa KU untuk membencimu
maka pilihlah warna kesukaanmu selepas ini!

Tentang KAU

menjadilah kau seperti harimau jadian
yang bersikap betina bila menyusukan anak
yang seperti anjing belas ketika lapar
tapi bersikap syaitan dan lupa diri ketika bahagia
kaulah sebusuk-busuk manusia yang tidak mengenang budi
maka tersenarailah kau antara yang paling kubenci!!!

08 August, 2016

di bahtera bahasa

di bahtera bahasa

melihat anak anak kapal
yang cekal
kental
kebal
mengemudi bahtera
ke perhentian matlamat


jy
8/8/2016

28 July, 2016

ucapkanlah....

"ketika mendepani masalah
ucapkanlah
allah humma la illa ha illa anta
subhanaka inni kunttu minzzolimin
allah humma yassir
wala tu' asir"
moga dipermudahkan urusanmu
dan diringankan masalahmu
aminnn

25 July, 2016

tentang taman...

"biarku melakar jalan ini untuk kembali ke taman wangi, kau harus ingat, taman ini harus dinyawakan semula oleh keyakinan dan keutuhan cinta, selepas ranap dibadai kebencian...."

13 July, 2016

tentang kenangan

jika kau tidak lagi mendengar derapku
cuba kau mendongak ke langit
disitu kau melihat aku berbaring
sambil melakar kenangan kita...


05 July, 2016

kupu kupu kertas...

"persis kupu kupu kertas
yang menguak sayapnya sendiri
biarpun jatuh, ia bangkit
untuk cuba terbang lagi..."

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya