10 December, 2008
Menyayangi kenangan
Benar, melupakan seseorang dengan belajar menyayanginya adalah semurni-murni hatibudi seorang manusia. Kerana jika kita mahu melupakan seseorang dengan cara membencinya pastinya perasaan kecamuk akan sentiasa menghantui kita. JY sendiri banyak mempelajari falsafah ini, iya, apabila tiba-tiba terbaca tulisan mengenainya dalam blog sahabat@saudaraku Hasyuda. JY selalu percaya bahawa kita akan sentiasa dekat dihati orang-orang yang mahu melupakan kita dengan cara kebencian dan membunuh ingatannya terhadap kita secara paksa. Pada zahirnya, kita tidak lagi bercambah di atas batas kehidupan hariannya, tetapi sebaliknya.... kita masih tumbuh subur dilubuk hati dan jiwanya. Enam tahun telah berlalu, ketika melihat jalan-jalan yang biasa kami lalui, pejabat pos tanjung aru - tempat berutus kata dan membuahkan cinta, di bawah pondok telefon bandaraya KK tempat aku selalu menunggu kepulangannya dan keindahan taman putera jaya telipok tempat kami meraih dan merayakan kejayaan serta banyak lagi peristiwa yang seringkali mengungkit kenangan membuat diri ini amat bahagia mengingatinya. Benar, itu semua telah menjadi sebahagian daripada masa lalu JY. Tetapi kenangan-kenangan itu masih kusayangi hingga saat ini. Adakah orang lain memikirkan sama seperti JY? Ah, falsafah HA begitu menjentik jiwaku waktu ini.
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...