03 February, 2009
Tentang seorang sahabat - kadang kita belajar bersabar...!
Sewaktu rencana ini ditulis, sudah hampir 10 kali sahabat itu menghubungi JY sejak beberapa hari lalu. Pertama kali menjawab panggilannya, sahabat itu berkata ingin menemui JY untuk satu 'projek' teater. Dia meminta JY membantunya. Kerana dia adalah sahabat yang JY kenali agak lama juga, JY pun memberi persetujuan untuk menemuinya bila berkelapangan dalam sehari dua ini. Maka bermula itu, banyak kali lah sahabat itu menghubungi JY bertanya bila senang, berada dimana dan sebagainya. Dalam perkiraan JY, separuh daripada panggilannya berjaya JY jawab manakala separuhnya tidak. Ini kerana beberapa sebab, antaranya sahabat itu menghubungi JY pada masa yang tidak 'ngam', atau waktu itu JY sibuk bekerja atau juga JY sengaja tidak menjawab panggilannya, kerana rimas. Pagi tadi, hp JY berdering dan ternyata yang membuat panggilan adalah sahabat itu. JY segera menjawab panggilannya. Tapi sahabat itu tiba-tiba bersuara keras "Dimana kau ni? Apa macam kau ni, janji melayu...!". Tersirap darah JY bila sahabat itu mengatakan begitu kepada JY. JY pun membalas agak keras tetapi masih lembut "Maaf bang. Saya bukan melayu, saya dusun. Tolong jangan kaitkan peribahasa itu dengan saya". Alhamdulillah, bila sahabat itu mendengar kata-kata JY, dia pun 'slow down' sedikit. Cerita ini belum habis lagi, sehingga barangkali JY berkesempatan menemuinya esok, JY akan sambung lagi cerita ini. Hai, manusia manusia... Salam.
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...