01 September, 2015

tentang kecekalan, kekejaman dan kezaliman...

menonton kisah kartun "A Bug's Life" terbitan Walt Disney
sangat jelas golongan lemah sentiasa ditindas oleh golongan kuat dan berkuasa
kezaliman masih tetap terserlah ditangan mereka yang gagah
kekejaman terus bermaharajalela ditampuk mereka yang punya upaya
sedang mereka yang lemah terus ditindis untuk mendapatkan laba
mereka yang lemah terus ditindas untuk mendapatkan harta
sehingga yang lemah - selepas tidak lagi berupaya mendapatkan makanan untuk diri dan keluarga
tapi terpaksa mengenyangkan mereka yang gagah dan berkuasa

"yang berkuasa ialah maharaja belalang dan kuncu-kuncunya
yang tertindas adalah kumpulan semut yang kecil dan lemah
namun semut telah mengumpul kekuatan
raja dan puteri semut mengumpul sekalian serangga
yang akhirnya berjaya mengusir kumpulan belalang
yang sering mengganggu daerah harmoni mereka"

tentang kartun "A Bug's Life"
berapa ramai orang yang mahu mengambil iktibar dari kisahnya?

jykk
1/9/2015

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya