18 June, 2016

coretan abadi untuk bapa...

LELAKI SEJARAH II

lelaki itu, bersama rotan, pernah mengajar kami tulis baca
lelaki itu, bersama selimut, pernah menutup tubuhku ketika dingin
lelaki itu, bersama keringat, mencari rezeki untuk kami
lelaki itu, bersama semangat, terlupa penat kerana kami
lelaki itu, memberi kami kehidupan, sambil melupakan kehidupannya
lelaki itu, lelaki sejarah yang kini tetap akrab untuk kami
SELAMAT HARI BAPA untukmu
ayahnda Mohamad Yakub Abdullah

JY, Papar
16/6/2013

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya