09 September, 2010
Tentang 'mekanik' palsu, berhati-hatilah...
Saya selalu menganggap mekanik sama seperti seorang doktor. Bezanya doktor merawat dan mengubati orang sakit, dan mekanik merawat dan membaiki kenderaan. Namun kedua-dua profesion ini harus memiliki kepakaran sebelum diberi gelaran demikian. Saya mengatakan hal ini kerana kita kadang-kadang terlepas pandang dan akibatnya mendatangkan masalah kepada kita sendiri. Orang yang sakit, bila berjumpa dengan 'dresser' atau pembantu perubatan, ubat yang diberikan biasanya berbeza dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Begitu juga, kereta yang rosak, apabila diselenggara atau dibaiki oleh seorang 'tukang servis' biasanya hasil kerja berbeza dengan seorang mekanik. Pengalaman saya sewaktu nat 'spug plug' kereta patah dan tertinggal dalam enjen, si tukang servis yang berlagak macam mekanik itu hanya mengambil jalan mudah dengan mengikat kabel 'spug plug' supaya tidak tertanggal bagi membolehkan kereta dapat dipakai sementara. Akibatnya kereta berbunyi meletup-letup dan agak menakutkan. Bayangkan apa terjadi jika kabel yang masih terlekat 'spug plug' itu terlepas dari ikatan dan memercikkan api dan terjumpa pula dengan lelehan petrol atau apa-apa cecair yang mudah terbakar? Bukankah terbakar jawabnya? Tidak berpuas hati dengan tindakan 'mekanik' palsu itu, saya memanggil seorang rakan yang memang seorang mekanik untuk membantu. Dia hanya mencabut kabel 'spug plug' itu untuk langkah keselamatan dan berjaya membawa kereta saya ke bengkel untuk dibaiki. Itulah 'kepaluian' tukang servis yang tidak boleh diterima dan jika berlaku hal tidak diduga saya pasti akan mengambil tindakan saman terhadapnya termasuk taukehnya sekali. Jadi untuk kawan-kawan diluar sana, berhati-hatilah dengan 'mekanik' palsu tidak bertauliah yang dilindungi oleh taukeh-taukeh ini. Sekadar ingatan. Salam.....JY
08 September, 2010
Kereta, hujan dan pemandu teksi...
kereta, hujan dan pemandu teksi
saling berlegar di persekitaranku kelmarin
kereta yang rosak
hujan yang membasahi tubuh
dan pemandu teksi yang menyejukkan hati
telah membawaku pulang
dengan selamat....
JY
Papar-KK-Papar
7 Sept. 2010
saling berlegar di persekitaranku kelmarin
kereta yang rosak
hujan yang membasahi tubuh
dan pemandu teksi yang menyejukkan hati
telah membawaku pulang
dengan selamat....
JY
Papar-KK-Papar
7 Sept. 2010
06 September, 2010
Nukilan buat saudaraku Zaini Nanyan...
Kebanyakan teman-teman di pejabat JY (terutama yang tinggal jauh di semenanjung dan Sarawak) sudah mula bercuti dan balik ke kampung halaman masing-masing esok untuk menyambut syawal bersama keluarga tercinta. Terima kasih untuk seorang sahabat @ saudara bernama Zaini Nanyan (Pakar Motivasi bebas) yang menghubungi JY pagi tadi dari pejabatnya di KKIP. Sempat juga beliau mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada JY lebih awal. Moga saudaraku ini berserta keluarganya selamat sampai ke kampung halaman mereka di Kedah. Mereka akan meninggalkan bumi Sabah pada lusa. Lewat perbualan kami, sempat kami bercakap mengenai jiran yang baik. Menerbitkan jiran yang baik sebenarnya bermula dari kita, jika kita baik maka jiran kita juga baik terhadap kita. Walaupun jiran kita tidak seagama atau sebangsa dengan kita, waktu seperti inilah (pulang kampung semasa Hari Raya dan sebagainya) peranan jiran jadi begitu penting. JY akan tunggu Sdr. Zaini menulis tentang jiran, jadi JY tak ingin bercakap lanjut mengenai hal jiran ini. Kepada Sdr. Zaini, moga gembira di idulfitri yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Salam ukhuwah...
30 August, 2010
KITA PENIAGA SEBENARNYA...!
Seringkali juga apa yang kita fikirkan tidak semestinya menjadi. Seperti satu perniagaan sebenarnya...ada kalanya pendapatan naik dan turun. Begitu yang berlaku terhadap JY baru-baru ini. Bila hasil yang kita perolehi tak seperti yang kita bayangkan. Pada waktu inilah kita bersikap redha dan bersyukur apapun kita perolehi. Sebagai muslim, harus meyakini rezeki datang dari Allah SWT, tetapi dengan syarat selepas kita berusaha dan berikhtiar. Yakin bahawa akan ada lagi rezeki dihadapan selagi berusaha.....insya-Allah.
20 August, 2010
Mengendalikan PPSB di Kem PLKN Tanaki, Tambunan
Seputar program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di Kem Tanaki Tambunan bersama rakan-rakan fasilitator. Ikuti selanjutnya melalui http://ppsb-tanaki.blogspot.com/ Moga anak-anak bangsa mekar dengan jatidiri dan berjiwa patriot....salam.
KALAH YANG BERMARUAH...
Salam ramadan. Aduhai, hampir setahun tidak mengemaskini blog ini. Tarikh terakhir membuat catatan ialah 3/9/2009. Lama tu...! Tak apalah, kerana segalanya masih tersimpan dilingkungan ingatan dan boleh disalurkan ke media-media lain, insya-Allah. Kalah yang bermaruah....ini hanya sekilas ungkapan yang sering kita dengar. Sewaktu pertandingan badminton Piala Thomas beberapa bulan yang lalupun, semua orang sering mengungkapkan demikian. Pemain kita kalah....tetapi kalah bermaruah. Piala Dunia juga baru saja berakhir bulan lalu, juga kedengaran pasukan mengungkapkan kalah yang bermaruah. Sebenarnya benar, tetapi dengan syarat setelah kekalahan itu dibumbui dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh. Dalam sebagai seorang muslim, tawwakal adalah pelengkap kepada usaha dan ikhtiar kita. Ilmuan barat, David Churchill meninggalkan falsafahnya berbunyi "Kita berjaya bila kita tinggalkan kegagalan dengan bersemangat...". Fikir-fikirkan lah. Salam ramadan al-mubarak. JY
03 September, 2009
TAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA ANDA...!
ADAKAH ANDA INGINKAN KERJA SAMBILAN? MBUHAN MINGGUAN BOLEH MENCAPAI RM3,800 DAN KE ATAS JIKA ANDA MELAKSANAKAN DENGAN ISTIQAMAH. TUGAS ANDA HANYA FORWARD EMEL TENTANG VEMMA KEPADA SEBERAPA BANYAK ORANG DAN DIMANA JUGA HANYA MELALUI EMEL. CUKUP MUDAH. KONGSI PENGALAMAN HEBAT BERSAMA VEMMA DENGAN MENDAFTAR PERCUMA DI SINI UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA : www.vemmabuilder.com/668938605 ATAU www.myvemma.com/jasniykb atau sila lawati http://www.jasni.myhomebiz-4u.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...