13 July, 2016

tentang kenangan

jika kau tidak lagi mendengar derapku
cuba kau mendongak ke langit
disitu kau melihat aku berbaring
sambil melakar kenangan kita...


05 July, 2016

kupu kupu kertas...

"persis kupu kupu kertas
yang menguak sayapnya sendiri
biarpun jatuh, ia bangkit
untuk cuba terbang lagi..."

tentang berubah...

jangan minta saya untuk berubah jika kau sendiripun tidak mahu berubah...

29 June, 2016

tentang percaya...

kupercaya
dihadapan ada hari hari yang berlampu
dan lorong lorong yang bertali
untuk perjalanan kehidupan kita
ke arah lebih lurus

27 June, 2016

tentang sendiri...

lapan hari sebelum raya
akulah yang masih termangu tanpa sesiapa
semakin hari
aku menuju ke alam sendiri
seperti kalkatu yang mencari cahaya
untuk mati

18 June, 2016

tentang aku, jy...

esok 19 jun 2016, aku akan ke Miri
ini perjalanan darat ke dua selepas yang pertama nov 2015 yang lalu
sekaligus ini perjalanan ke luar negara kali ketiga
setelah Nov 2015 - negara brunei DS
April 2016 - negara indonesia (jakarta)
dan esok, 19 Jun 2016 - melintasi negara brunei DS lagi untuk ke Miri
insyallah 17 - 24 Nov 2016 - ke Indonesia sekali lagi
untuk program PSBNS di Jogja
mudahan tahun hadapan - dapat ke Singapura dan Laos
tapi tarikhnya belum pasti lagi
jika ada kesempatan dan kewangan
segalanya mungkin
insyallah

aku mahu mengembara dan mengembara lagi
mencari diri di relung peribadi...!


coretan abadi untuk bapa...

LELAKI SEJARAH II

lelaki itu, bersama rotan, pernah mengajar kami tulis baca
lelaki itu, bersama selimut, pernah menutup tubuhku ketika dingin
lelaki itu, bersama keringat, mencari rezeki untuk kami
lelaki itu, bersama semangat, terlupa penat kerana kami
lelaki itu, memberi kami kehidupan, sambil melupakan kehidupannya
lelaki itu, lelaki sejarah yang kini tetap akrab untuk kami
SELAMAT HARI BAPA untukmu
ayahnda Mohamad Yakub Abdullah

JY, Papar
16/6/2013

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya