15 August, 2017

Perihal BANJIR...

Pagi ini, sana sini bercerita pasal banjir. Akibat hujan yang turun mencurah setiap petang sejak beberapa hari yang lalu di bumi Sabah ini. Semalam sana sini juga jalan ditenggelami air. Rakan pejabatku bercerita, ada kejadian bas sekolah yang terperangkap dengan banjir hingga jam 9 malam, sedang dalam bas terdapat kanak-kanak sekolah yang gelisah dan keletihan, serta lapar. Begitu juga rakan-rakan yang pulang dari pejabat, termasuk para ibubapa juga, masing-masing terperangkap dengan bencana ini. Banjir dimana-mana, bahkan terdapat jalanraya yang putus, pokok tumbang dan tanah runtuh. Ini fenomena yang berlaku setiapkali musim tengkujuh tiba. Pagi ini, kata kawan sepejabatku, masih ada kereta, bas dan lori yang terdampar di tepi jalan, yang mungkin mengalami kerosakan akibat banjir malam tadi. Pada saat seperti inilah pihak pihak berwajib perlu turun padang, baik dipihak jabatan dan agensi kerajaan seperti BOMBA, Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat, Polis, Tentera, Pasukan Palang Merah, bahkan diperluaskan kepada wakil-wakil rakyat dan NGO berkaitan, sementara disisi lain, peranan pihak individu seperti anggota masyarakat harus berperanan sama membantu dan menghadapi keadaan bencana alam ini, semua mereka seharusnya membantu rakyat sedaya mungkin, dengan segala upaya lojistik yang ada. Pagi ini, dari tingkat 6 pejabatku, sambil melemparkan pandang ke luar tingkap, terus berdoa dan mengharapkan cuaca akan lebih baik sepanjang hari ini, dan memberiku peluang pulang ke rumah, setelah terpaksa tidur dikereta malam tadi kerana menjadi salah seorang dari mangsa yang teperangkap akibat banjir...

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya