10 August, 2017

Tentang catatan JY petang ini...

Hanya sebulan setengah saja lagi berada di sini sebelum meninggalkannya buat selamanya. Tidak perlu pilu hiba kerana begitulah lumrahnya, tiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap kita harus menerima hakikat. Hujung bulan hadapan, 30 September 2017, JY akan mengucapkan selamat tinggal pada kerusi, meja dan ruang pejabat yang telah dihuni selama 26 tahun. Begitu juga pada rakan taulan dan teman sepejabat yang telah kuakrabi selama ini. Moga ada kejayaan di belahan bumi luar sana menantimu nanti.... Insya-Allah....

PELUANG MENGIKUTI BENGKEL JURUACARA MAJLIS...

Anda ingin menjadi seorang Juruacara Majlis? Anda ingin meluaskan pengetahuan anda dalam bidang kejuruacaraan? Bagaimana kerjaya sebagai Jur...