15 August, 2017
Perihal BANJIR...
Pagi ini, sana sini bercerita pasal banjir. Akibat hujan yang turun mencurah setiap petang sejak beberapa hari yang lalu di bumi Sabah ini. Semalam sana sini juga jalan ditenggelami air. Rakan pejabatku bercerita, ada kejadian bas sekolah yang terperangkap dengan banjir hingga jam 9 malam, sedang dalam bas terdapat kanak-kanak sekolah yang gelisah dan keletihan, serta lapar. Begitu juga rakan-rakan yang pulang dari pejabat, termasuk para ibubapa juga, masing-masing terperangkap dengan bencana ini. Banjir dimana-mana, bahkan terdapat jalanraya yang putus, pokok tumbang dan tanah runtuh. Ini fenomena yang berlaku setiapkali musim tengkujuh tiba. Pagi ini, kata kawan sepejabatku, masih ada kereta, bas dan lori yang terdampar di tepi jalan, yang mungkin mengalami kerosakan akibat banjir malam tadi. Pada saat seperti inilah pihak pihak berwajib perlu turun padang, baik dipihak jabatan dan agensi kerajaan seperti BOMBA, Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat, Polis, Tentera, Pasukan Palang Merah, bahkan diperluaskan kepada wakil-wakil rakyat dan NGO berkaitan, sementara disisi lain, peranan pihak individu seperti anggota masyarakat harus berperanan sama membantu dan menghadapi keadaan bencana alam ini, semua mereka seharusnya membantu rakyat sedaya mungkin, dengan segala upaya lojistik yang ada. Pagi ini, dari tingkat 6 pejabatku, sambil melemparkan pandang ke luar tingkap, terus berdoa dan mengharapkan cuaca akan lebih baik sepanjang hari ini, dan memberiku peluang pulang ke rumah, setelah terpaksa tidur dikereta malam tadi kerana menjadi salah seorang dari mangsa yang teperangkap akibat banjir...
10 August, 2017
Tentang catatan JY petang ini...
Hanya sebulan setengah saja lagi berada di sini sebelum meninggalkannya buat selamanya. Tidak perlu pilu hiba kerana begitulah lumrahnya, tiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap kita harus menerima hakikat. Hujung bulan hadapan, 30 September 2017, JY akan mengucapkan selamat tinggal pada kerusi, meja dan ruang pejabat yang telah dihuni selama 26 tahun. Begitu juga pada rakan taulan dan teman sepejabat yang telah kuakrabi selama ini. Moga ada kejayaan di belahan bumi luar sana menantimu nanti.... Insya-Allah....
31 July, 2017
Beberapa catatan JY sepanjang Julai 2017...
Seputar majlis pelancaran buku antologi puisi "Kepimpinan Musa Aman Dalam Puisi" di Papar, Sabah
Majlis pelancaran buku antologi puisi "Kepimpinan Musa Aman Dalam Puisi" yang diadakan pada 29 Julai 2017, di Puncak Iqra, Papar, Sabah Sabtu lalu berlanjar lancar dan meriah. Buku antologi puisi ini diselenggarakan oleh Jasni Matlani, Siti Rahmah G. Ibrahim dan Abdul Karim Gullam memuatkan sebanyak 67 buah puisi hasil karya seramai 47 orang penulis negeri Sabah. Rakan-rakan penulis dari pelbagai persatuan yang terlibat menyumbang karya mereka dalam antologi tersebut turut hadir memeriah dan menyokong program ini. Majlis pelancaran buku yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah ini juga turut menyaksikan sebanyak 3 buah buku karya Tuan Haji Hussin Kassau, seorang penulis dan penggiat sastera Sabah turut dilancarkan. Buku-buku tersebut berjudul Sahabatku, Deru dan Debu, dan Himpunan Teks Ucapan Datuk Musa Aman Tahun 2006. Majlis juga dihadiri oleh beberapa mentri kabinet lain antaranya YB Datuk Rosnah Haji Abd. Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, dan YB Datuk Ghullam Haidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah. Kehadiran tetamu dianggarkan seramai 200 orang. JY
![]() |
| Presiden BAHASA, Jasni Matlani menyampaikan cenderamata kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah semasa majlis tersebut. |
![]() |
| JY (dua dari kiri) mengabdikan foto kenangan bersama rakan-rakan BAHASA di hadapan Perpustakaan Puncak Iqra, Papar, Sabah seusai majlis. |
![]() |
| Rakan-rakan BAHASA bersama Penulis dan Penggiat Sastera Sabah, yang juga Tuan Rumah Puncak Iqra Papar, Tuan Haji Hussin Kassau (tengah). |
![]() |
| Sebahagian ahli-ahli BAHASA seluruh Sabah yang hadir memeriahkan majlis. |
25 July, 2017
Peluncuran antologi puisi Kepimpinan Musa Aman Dalam Puisi
Sabtu ini, 29 Julai 2017, bertempat di Puncak Iqra, Kampung Pengalat Besar, Papar, salah satu acara yang akan dimuat dalam majlis bersama YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah ialah peluncuran buku antologi puisi Kepimpinan Musa Aman Dalam Puisi, yang memuatkan sebanyak 67 buah puisi hasil karya 47 orang penulis negeri Sabah. Buku terbitan Iris Publishing ini diselanggarakan oleh Sdr. Jasni Matlani (Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah), Siti Rahmah G. Ibrahim dan Abd. Karim Gullam. Penulis menyatakan presepsi mereka terhadap kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah melalui karya. Inilah antara peranan penulis, melalui pena dan kertas, mereka menterjemahkan rasa, pemerhatian serta pandangan mereka secara ikhlas terhadap karisma seorang pemimpin, serta pembangunan bangsa dan negaranya. Orang ramai dan masyarakat setempat khususnya para penggiat sastera di daerah Papar dan kawasan yang berhampiran, diseru hadirlah beramai-ramai bagi memeriahkan dan menyokong program ini...
tentang dungu, kepala batu dan kuku besi...
dungu, kepala batu dan kuku besi
itulah kau yang sering meluruskan telunjuk
dan memegang tongkatperintah
lidahmu tak seperti lisanmu
otakmu tak seperti fikirmu
kau bersenandung irama lunak
tapi liriknya munafik
mari letakkan kepala si dungu dibawah
kemudian andaikan otaknya di tempurung lutut
lihat apa yang mengalir dihidungnya
darah atau nanah?
jy, kk
25/7/2017
itulah kau yang sering meluruskan telunjuk
dan memegang tongkatperintah
lidahmu tak seperti lisanmu
otakmu tak seperti fikirmu
kau bersenandung irama lunak
tapi liriknya munafik
mari letakkan kepala si dungu dibawah
kemudian andaikan otaknya di tempurung lutut
lihat apa yang mengalir dihidungnya
darah atau nanah?
jy, kk
25/7/2017
24 July, 2017
syawal yang berlalu...
masih terasa manis ramadan
lazatnya syawal kemudian muncul
mengorak mesra di lantai kita
kini syawal bakal berlalu
meninggalkan kita dalam wangi rindu
moga bertemu dalam jajaran waktu
yang setia menunggu...
jy, kk
24/7/2017
lazatnya syawal kemudian muncul
mengorak mesra di lantai kita
kini syawal bakal berlalu
meninggalkan kita dalam wangi rindu
moga bertemu dalam jajaran waktu
yang setia menunggu...
jy, kk
24/7/2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...








