28 November, 2008

Yang menggamit - Masjid Meruntum dan Masjid Beringgis


Tengahari tadi, selepas bertemu dengan Sdr. Hasyuda, JY bergegas pulang rumah (di Papar) kerana mengejar waktu solat fardhu Jumaat. Semasa melewati Kem Lokawi, hampir juga singgah di Masjid Meruntum untuk singgah mengerjakan solat. Tetapi kerana waktu itu azan zohor belum kedengaran JY pun melewati Masjid Meruntum dengan harapan sempat sampai ke Papar. Tapi gara-gara kesesakan jalanraya, perkiraan JY tersasar. Lalu, semasa melewati kampung beringgis, azan pun berkumandang. JY tiada pilihan dan terus saja singgah di Masjid Kampung Beringgis. Dari luar masjid, kedengaran suara khatib memberi salam tanda permulaan khutbah. JY seperti cam suara khatib yang sedang membaca khutbah itu. Selepas mengambil wuduk, JY masuk ke masjid untuk solat sunat. Bila melihat khatib yang sedang berkhutbah, memang sah tekaan JY. Khatib yang membaca khutbah itu adalah sahabat dan pemimpin kami, iaitu Datuk Hj. Ariffin Mohd. Ariff, ADUN Membakut. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang pemimpin yang memiliki sifat dan keperibadian sedemikian. Sementara di Masjid Meruntum sebenenarnya, seorang lagi sahabat kami iaitu Bang Mat @ Mat Konggo juga bertugas sebagai khatib kali ini. Semoga semuanya berbahagia dan mendapat keberkatan Allah tentang segala amalan kita. Amin.

27 November, 2008

Blog baru JY

Hari ini membina satu blog baru dalam blogspot. Mudahan menjadi yang lebih baik.

21 November, 2008

Di pejabatku yang dingin

Sejak pagi hingga petang sebelum pulang, suhu bilik pejabat JY luar biasa sekali. Semua rakan-rakan sepejabat mengadu kesejukan. Tapi apalah yang dapat JY lakukan kerana JY juga seperti mereka. Bersyukur lah pada apa yang ada...

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya