18 January, 2016

tentang tabah!

sayang sekali
kau tidak sekuat kasneh
atau setabah izzati
pulanglah kata pada titik
sekalipun meronta
lelaki ini sedikitpun tidak berganjak!

15 January, 2016

suara sirna!

sekelilingku kematian suara
biarpun kelibatmu sering dimana-mana
kau ada seperti yang tiada
moga kebenaran akan terpancar
disebalik kepalsuan ini

jy, kk

15/1/2016

05 January, 2016

tentang ikhlas...

ikhlaskah kau selepas memberi kau mengungkit?
ikhlaskah kau selepas membantu kau minta dihargai?
ikhlaskah kau selepas menasihati kau menderhakai?
ikhlaskah kau selepas berjanji kau mungkiri?
ikhlaskah kau selepas setia kau khianati?
ikhlaskah dengan semudah berkata ikhlas?

maafkan aku...

hari ini 5/1/2016
maafkan aku kepada semua
"izinkan aku masuk dalam kandungan mama
aku tidak tahan lagi menderita di dunia ini..."

01 January, 2016

tentang setiapercaya...

aku mengasah percaya
kau mengasuh derhaka...

diawal tahun...

2016, diawal tahun ini
kau membunuh kepercayaanku
tentang setia
pergi sajalah kalau itu kau mahu
pergi!!!

tentang kepercayaan...

Bayangkan jika orang paling dipercayai kini tidak boleh diharapkan lagi...

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya