06 July, 2009

2 perkara yang terpaksa ditinggalkan

Salam. Berminggu tak mengemaskini KABANKARYAJY. Maafkan JY atas kesibukan. Pada 4 Julai lalu, dua perkara terpaksa ditingalkan demi menguruskan satu lagi perkara. Memang kedua-dua perkara itu penting, tapi yang satu lagi ini tak kurang pentingnya. Perkara pertama, JY tak sempat hadiri majlis kenduri arwah 100 hari kepulangan Almarhum Datuk Hj. Shuhaibun Yussuf di Dangau Budaya Papar yang berlangsung pada 4 Julai, lepas solat asar. Perkara kedua yang terpaksa ditinggalkan ialah tugas urusetia Seminar Islam anjuran Yayasan Tun Ahmad Shah dan Ikatan Penulis Sabah bertempat di Mimpian Jadi Resort Tuaran sejak 3 Julai hingga 5 Julai. Kerana sekembali dari tugas 'out-station' jabatan tengahari 4 Julai, JY terus bergegas ke Dewan Kuliah Utama ILP Sepanggar untuk tugas rehasal dan sebagai Juruacara Sayembara Puisi dan Syair Merdeka 2009 anjuran Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Sabah dan BAHASA yang diadakan pada malam 4 Julai 2009. Kemudian pada 5 Julai, sepatutnya JY menyusuli HA ke Mimpian Jadi untuk acara penutupan seminar Islam, tetapi sekali berhadapan dengan kendala. Kerana kedua-dua anak JY yang duduk di asrama terpaksa dilengkapkan dengan keperluan sebelum mereke dihantar pulang, yang kemudiannya satu lagi perkara penting perlu JY lakukan ialah apabila terpaksa membawa Hamim (anak lelaki JY) kebetulan mengalami ceret beret sejak beberapa hari lalu, ke klinik di Papar. Aduhai betapa kesibukan menguruskan hal-hal masyarakat dan kerjaya, sama sibuknya dengan menguruskan hal-hal rumahtangga. Moga ini merupakan cabaran yang memberikan JY tanggungjawab baru serta kesabaran juga. Salam...

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya