28 October, 2010

Ingin menjadi sepertinya....!

Ingin menjadi sepertinya....itulah azam dan iltizam yang sering membuak-buak sejak akhir-akhir ini. Dia kini orang berjaya (sekurang-kurangnya dari segi akademik) yang pernah dinafikan kemampuannya oleh segelintir orang yang taksub sebelum ini. Tapi sekarang dia membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya. Memikirkan laluan menuju ke jalan kejayaan bukan mudah, saya segera terfikir bahawa dia juga pernah melalui jalan yang sukar itu. Dia juga bermula dari anak tangga yang pertama, kemudian kedua dan seterusnya, terus melangkah hingga berjaya. Insyallah....tahun pertama telah saya lalui untuk nantinya akan sampai ke gerbang kejayaan itu. Walaupun ada lagi halangan dan rintangan selepas ini, tapi bacalah catatan ini duhai diri, mudahan kau peroleh kekuatan di sini. Tidakpun untuk diri mu sendiri, tetapi untuk cerminan anak-anak dan masa muka mereka, bahawa aku dan mereka boleh berjaya jika ada usaha, ikhtiar dan istiqamah.....insyaallah tunggulah masanya akan tiba.

JY, kk
28 Oktober 2010

19 October, 2010

Menyertai Uji Bakat Raja Lawak Astro Musim Ke-5


Terlukir lagi satu peristiwa peribadi JY apabila berpeluang menyertai Sesi Uji Bakat Raja Lawak Astro musim ke-5 pada 17 Oktober 2010, di 1 Borneo KK. Pengalaman beraksi secara berkumpulan bersama rakan lawak baru, Lolop sangat manis. Lolop, yang hanya JY kenali sewaktu sama-sama menyertai pertandingan lawak sempena Pesta Aquaria (Pesta Air) di Pantai Meruntum, Putatan tahun lalu telah menemukan kami semula dalam satu misi dan perjuangan sama melalui kumpulan yang kami namai TAM'PAR. Benar, melawak bukan mudah, ianya mungkin berjaya bila apa yang kita ucapkan bisa membuatkan orang ketawa. Tetapi melawak juga harus berunsur tarbiah sebenarnya, kerana apabila ada medium yang mengeluarkan suara, iaitu suara kita, ia harus disertai dengan elemen-elemen nasihat. Tinggal lagi bagamiana kita boleh menterjemahkan maksud yang ingin disampaikan secara spontan dan mengelikan hati. Juri yang menilai tentu lebih arif dalam menilai dan memilih kreteria ini. Untuk rakan-rakan lain yang masih bertarung merebut tempat, selamat menjalani sesi uji bakat. Terima kasih Kumpulan Kecik, Alex, Zizan, Johan, Reza dan Sdr. Afdlin Shauki yang banyak memberi tips. Jumpa lagi.....

07 October, 2010

SEBUAH TAMSILAN

selamat tinggal kehidupan
andai tidak lagi berpeluang menyedut udara
dan berlari bebas dibumi ciptaan Azawajalla
selepas ini
namun selamat datang kejayaan
andai itu tamsilan yang diberikan
lewat tidurku malam tadi

dilangit kulihat gambaran peta bumi
persis lukisan oleh pelukis yang santun
tersusun oleh letaknya pohonan, sungai, bangunan, bukit bukau
dan kehijauan belantara
panorama itu dilimpahi suluhan mentari
amat indah yang mustahil digambar oleh apapun ungkap
selain subhannallah

mendongak lagi
kerlipan bintang puluhan malah ratusan warna warni
mengucapkan salam buat kita di bumi
bulan senyum, bebintang bicara sesama sendiri
hingga lenyap segala gundah di kalbu insani


perjalanan 41 tahun di bumi Allah
ini pertama pengalaman harum melihat ciptaan Azawajalla
dikaca mimpi
tak tahu bila lagi keajaiban dalam tidur ini akan muncul
hanya doa mengiringi perjalanan kehidupan ini
dan berkat tamsilan apa yang Engkau perlihatkan
padaku
moga diri ini sentiasalah dilimpahi rahmat dan keampunanMu
hingga ke hari pengakhiranku
amin....

JY, Papar
6 Oktober, 2010 @ 3 pagi

04 October, 2010

Ke Puncak IQRA

Ke Puncak IQRA tanggal 2 Okt. 2010 yang lalu meninggalkan kenangan manis apabila dua hamba Allah yang sebelum ini hanya sepasang sahabat, kini menjejaki semula Puncak IQRA bersama-sama kami sebagai sepasang suami isteri, mereka itu ialah Hasyuda dan Sahara. Kali terakhir menjejakimu Puncak IQRA tahun 2006, anak-anak JY masih kecil terutama Ameera. Kini kehadiran Haiqal dan Eka tambah memberi erti mendalam terhadap JY dan RR. Hingga pendakian kali ini tak lagi mendatangkan kepenatan. Moga semua yang terlibat dalam rombongan seperti Bang Mat, Hasyuda, Sahara, Anirah, Diana, Ony serta isteri dan anak-anak JY berjaya ke puncak kehidupan sebagaimana Puncak IQRA.....Terima kasih Haji Hussein Qassau yang menjemput kami ke RUmah Terbuka Idulfitri kali ini.

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya