29 June, 2015

Memegang amanah...

Tanpa disedari, amanah sahabatku ini telah kupegang hampir 14 tahun lamanya. Ya, amanah "dari seseorang untuk seseorang" yang pada awalnya hanya untuk tempoh 10 tahun. Namun diberi kepercayaan untuk memegang amanah ini untuk beberapa tahun lagi, sehingga pada 24 Julai 2015 akan datang, maka genaplah 14 tahun amanah mu ini ku simpan. Aduhai, rupanya memegang dan menjaga amanah ini lebih berat dari memelihara ikatan persahabatan. Sampai masanya akan kupulangkan kepada kalian yang lebih berhak...

Tentang Bu Dayang...

Bertahun tidak mengikuti perkembangan Ibunda Dayang Salmah Salam @ Ibu Dayang. Moga beliau sihat dan sentiasa diberikan kekuatan kudrat oleh Allah SWT. Selamat mengerjakan ibadah puasa Ibundaku....

26 June, 2015

Tentang SAF...

Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang! Itu sahaja jawapannya jika SAF ini tidak dipertahankan. Akhirnya yang rugi ialah masa depan kita, anak-anak dan cucu cicit yang masih meneruskan kehidupan. Fikir-fikirkanlah...JY

Hal berpuasa...

Hari ini (26/6/2015), selepas sembilan hari berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dahaga, tetapi menjaga sekalian pancaindera dari melakukan khilaf. Ini bukan tugas mudah kecuali orang-orang yang bersabar.

Anak-anakku, selamat berpuasa!

08 June, 2015

1.  Tarikh 8/6/2015, JY bertemu Bang Mat Congo di Food Court, Tingkat 3, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu. Pelbagai cerita terlontar diantara kami maklumlah lebih sebulan tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing. Bang meminta aku membaca cerpen sulungnya "Lejit" yang berkisar seputar kisah peribadi beliau yang berkaitan perjuangan. Mudahan tersiar di media Sabah secepat mungkin. Terkesan dengan dengan ungkapan Bang Mat, katanya "Selagi kita bernafas, kita hendaklah tahu mengisi nafas kita...".

2.  Jumaat, tanggal 5/6/2015 yang lalu, Ummi puteri sulungku berhijrah ke KL, dengan membawa bersamanya dua janji, yang pertama untuk menimba ilmu (sambung belajar), dan kedua mencari pengalaman bekerja. Walaupun berat melepaskan kau pergi, tapi masa depanmu lebih utama. Jangan pedulikan tentang duka dan kepiluan bapa disini. Moga kau berjaya dalam cita-citamu Ummi...

04 June, 2015

dedikasi buat anak

bukan mudah melapaskanmu anakku
selepas sekian lama kau erat dalam kasih sayang ayah
aku tahu kau semakin dewasa
kini kau telah mengenal kicau merpati
kuharapkan agar kau berlapik ketika meludah di tanah orang
itu sebaiknya bekalan ketika ayah tiada lagi disampingmu
iaitu ayah yang selalu mengingatkanmu tentang itu dan ini
pergilah dengan tenang, jangan risaukan ayah
dan kemudian nanti kembalilah dengan selamat
biarpun ayah hanya tinggal nama

jy,
kk sabah

4/6/2015


01 June, 2015

Teman-teman Kelab Jasni Global Malaysia, moga semua Jasni di Malaysia waktu ini dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Jasni Yakub @ JY
Sabah

Penolong Setiausaha
Kelab Jasni Global Malaysia

1/6/2015
Hari ini (1/6/2015, JY menerjahkan lagi jari-jarinya di dada papanhuruf komputer selepas lima tahun tidak menyusun perkataan, apalagi untuk mengatur ayat ayat yang pernah diungkapkannya dahulu di KABANKARYA JY ini. Tidak pernah berubah JY kali ini, tapi yang berbeza adalah pengalaman yang telah dilalui, tentu berliku dan rencam. Moga JY terus tabah mendepani kehidupan selanjutnya selepas ini...

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya