1. Tarikh 8/6/2015, JY bertemu Bang Mat Congo di Food Court, Tingkat 3, Wawasan Plaza, Kota Kinabalu. Pelbagai cerita terlontar diantara kami maklumlah lebih sebulan tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing. Bang meminta aku membaca cerpen sulungnya "Lejit" yang berkisar seputar kisah peribadi beliau yang berkaitan perjuangan. Mudahan tersiar di media Sabah secepat mungkin. Terkesan dengan dengan ungkapan Bang Mat, katanya "Selagi kita bernafas, kita hendaklah tahu mengisi nafas kita...".
2. Jumaat, tanggal 5/6/2015 yang lalu, Ummi puteri sulungku berhijrah ke KL, dengan membawa bersamanya dua janji, yang pertama untuk menimba ilmu (sambung belajar), dan kedua mencari pengalaman bekerja. Walaupun berat melepaskan kau pergi, tapi masa depanmu lebih utama. Jangan pedulikan tentang duka dan kepiluan bapa disini. Moga kau berjaya dalam cita-citamu Ummi...
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...