27 May, 2016
Tentang 31 hari yang parah dan resah...
31 hari hilangnya keriuhan anak anak diteratak ini
31 hari hilangnya suara suara lembut memujuk Zulaikha
31 hari hilangnya tangan halus yang menyikat rambut Haiqal
31 hari hilangnya bau wangi yang sering terhidu dari tudungmu
31 hari hilangnya pesan yang sering mengingatkan itu dan ini
31 hari hilangnya lambaian tangan Eka dan Haiqal ditingkap kereta
31 hari hilangnya perempuan bernama isteri yang sering duduk dianjung kerusi
31 hari hilangnya sejahtera menerbitkan luka
31 hari hilangnya senyum yang memberiku bahagia
31 hari hilangnya segala yang kuanggap syurga
31 hari hilangnya penuh derita sengsara
31 hari sejak 27 April hingga 27 Mei adalah hari-hari yang parah dan resah
31 hari bulan Mei 2016 bakal maju dan meluru
31 hari yang telah berlalu tidak mahu kuingati lagi
31 hari yang baharu biarlah kita saling santuni harmoni
Jasni Yakub
Kota Kinabalu, SABAH
27 Mei 2016
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Pagi ini tiba-tiba teringatkan anak saudara JY, Eishqa Ashaqeela selepas 4 tahun pemakamannya. Anakku Haiqal mungkin tak sempat menatap waja...
-
Hanya sebulan setengah saja lagi berada di sini sebelum meninggalkannya buat selamanya. Tidak perlu pilu hiba kerana begitulah lumrahnya, ti...
-
Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang! Itu sahaja jawapannya jika SAF ini tidak dipertahankan. Akhirnya yang rugi ialah masa depan kit...