15 August, 2017

PELUANG MENGIKUTI BENGKEL JURUACARA MAJLIS...

Anda ingin menjadi seorang Juruacara Majlis? Anda ingin meluaskan pengetahuan anda dalam bidang kejuruacaraan? Bagaimana kerjaya sebagai Juruacara Majlis dapat membentuk ketrampilan bakat dan keyakinan anda berhadapan dengan khalayak? Mungkin anda berasa masih baru dan masih perlu bimbingan dan pendedahan dalam bidang ini? Semua ini, dan banyak lagi akan anda ketahui rahsia dan jawapannya apabila anda mengikuti Bengkel Juruacara Majlis yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   :  3 November 2017 @ Jumaat
Masa    :  9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Kota Kinabalu (lokasi akan dimaklumkan)
Yuran :  RM180.00 seorang (15 peserta yang mendaftar awal hanya perlu membayar RM150.00 seorang)

Kemudahan disediakan :
1. Jamuan ringan (makan tengahari ditanggung sendiri oleh peserta)
2. Sijil Penyertaan
3. Alat tulis
4. Urusan tempahan penginapan diuruskan oleh penganjur tetapi sewa bilik dibayar sendiri oleh peserta

Pembimbing bengkel  : 
Para peserta bakal dibimbing Mohd Jasni Yakub @ JY. Beliau seorang pengacara majlis yang berpengalaman hampir 23 tahun dalam bidang pengacaraan. Beliau sering mengacarakan pelbagai majlis anjuran jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, samada acara rasmi, separa rasmi dan santai.

Selain Juruacara Majlis, beliau juga aktif sebagai penulis, aktivis sastera, pelakon teater/drama TV dan pendendang lagu-lagu rakyat Sabah. Beliau telah menerima Anugerah Khas (Kejuruacaraan) daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah sempena Festival Penulis Sabah tahun 2016.

Selain JY, para peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman dengan beberapa personaliti yang mewarnai bidang pengacaraan negeri Sabah yang akan diundang oleh pihak penganjur.


Rebutlah peluang ini segera, tempat adalah terhad!

Yang berminat, sila hubungi/pm saya 010-9305214.
Berikan nama penuh dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya