04 February, 2009

Berkaitan memendekkan rambut

Petang kelmarin, sepulang dari kerja, JY terus ke pekan Papar untuk beberapa tujuan. Antaranya, bagi 'memendekkan atau mengurangkan' rambut JY yang sudah hampir 2 bulan tidak diurus. Dipendekkan cerita, apabila sampai dirumah, Rosnah - serirumahtangga JY sedikit terkejut melihat perubahan rambut JY yang telah diubahsuai dari sebelumnya. Ameera, anak perempuan JY juga bertanya, "Eh, bapa sudah potong rambut?". "Emm..." Jawab JY pendek. Tapi Rosnah segera mencelah "Bukan potong rambut, tapi gunting rambut". Ameera pun berkata "Oh ya, gunting rambut....". Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, JY ternampak iklan yang entah siapa pemiliknya berbunyi "Perkhidmatan tebang pokok....sila hubungi....." yang dilantak disebatang pokok. Jika gunting (alat) yang digunakan untuk memotong rambut kita istilahkan menggunting rambut (kata perbuatan), bolehkan tebang pokok diistilahkan sebagai mengkapak pokok atau barangkali men-chainsaw pokok jika kita menggunakan kapak atau chain-saw untuk menebang pokok? He he, tak perlulah dijawab pertanyaan ini kerana JY sengaja mengajak otak JY berfikir sepanjang perjalanan, mengelakkan tekanan kesesakan di jalanraya.

Awan, angin, silau dan upaya

Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya