Asalamualaikum... Wah, lama JY tak menulis dalam blog JY, hampir beberapa minggu. Napa ya? Sibukpun tidak juga...tapi petang ini tiba-tiba terpanggil untuk mengisi catatan yang barangkali boleh disimpan sebagai kenangan akan datang. Barangkali JY memulakan dengan beberapa catatan seperti berikut :
1. Apabila kita menyayangi pasti kita akan disayangi. Tetapi sekadar menyayangi tak cukup jika tak diturapi keikhlasan dan kejujuran. Apabila elemen-elemen ini lengkap disatukan, barulah sempurna kasih sayang itu. Jarang sekali (dalam bab menyayangi), apa yang keluar dari bibir adalah lahir dari hati seratus peratus. Walaupun tidak dinafikan lebih banyak hati yang ikhlas sebenarnya! Jangan berbohong, kerana bohong sekali akan bohong kali kedua untuk menutup bohong yang pertama dan seterusnya. Begitu kata Rosnah kepadaku lewat SMS. JY sangat teruja dengan ingatannya itu...
2. Tentang sikap orang kampung - JY menghadiri majlis kenduri kesyukuran untuk adik JY, Safuan namanya di Kampung Lobou, Telipok pada 12 April yang lalu. Majlis sepatutnya bermula jam 1 petang tertunda hingga jam 1.45 petang lantaran menunggu kehadiran Imam Kariyah dan penduduk kampung. Selepas sesi tahlil dan doa, ketika semua yang hadir sedang makan, maka Pengerusi Surau pun datang dengan tergesa-gesa dan memberi alasan sibuk. Terseksa jiwa JY melihat penglibatan orang kampung yang begitu tidak membanggakan. Majlis kenduri ini diadakan di surau kampung Lobou, yang boleh memuatkan lebih kurang 100 orang, tetapi amat menyedihkan kerana yang hadir adalah kalangan kami 9 orang dewasa lelaki, 3 orang dewasa perempuan dan selebihnya kanak-kanak tak sampai 10 orang. JY diberitahu oleh Safuan, dia telah mengamanahkan kepada seorang AJK Surau itu untuk menjemput penduduk kampung hadir ke majlis kenduri ini. JY tak pasti samada hamba Allah itu telah menjalankan amanahnya atau orang kampung sendiri yang memang bersikap pemalu? Wallahu'alam. JY terfikir bagaimanakah jika dikampung ini nanti ada kematian, adakah yang akan memandikan, mengkafan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah harus diimport dari penduduk luar, atau biarkan monyet-monyet dihutan yang menguruskannya? Malang sekali kerana hal-hal fardhu kifayah seperti ini tak kisah buat mereka yang berkenaan. Aduhai...
3. JY sedang membantu Bang Mat (Mat Congo) memperhalusi skrip telemovie nya berjudul BAKAKUK dan menyiapkan juga beberapa dokumen lain untuk dibawa ke pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah oleh Bang Mat bagi maksud mendapatkan biaya penerbitan. Mudahan dana untuk pembikinan telemovie ini dapat dipertimbangkan oleh pihak DBPCS terutama oleh pegawai projek berkenaan dan oleh pengarahnya, Sdr. Zubaidi Abas. Penerbitan telemovie ini amat besar maknanya dalam konteks kesusasteraan di Sabah kerana ianya bagi menghargai dan mengangkat novel BAKAKUK yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negeri Sabah, yang juga penerima SEA Write Award, Ybhg. Datuk Hj. Ismail Abas @ Amil Jaya. Penerbitan telemovie yang diarahkan oleh Bang Mat sendiri ini sekali lagi membawa makna yang besar bagi JY secara pedibadi, kerana JY turut diberi peluang berlakon dengan memegang watak yang agak penting juga. Bagi JY, ini merupakan peluang keemasan setelah diberi peluang pertama berlakon dalam tele-filem berjudul RUMAH HITAM arahan Ella Sabah pertengahan Januari 2009 yang lalu. Insya-Allah jika segalanya berjalan lancar, penggambaran akan bermula seawal Jun atau Julai akan datang. Bakat hebat macam mana sekalipun, jika tidak diberi peluang, ia takan menjadi - demikian kata-kata Bang Mat yang masih JY ingat. Salam.
Hingga bertemu lagi.....JY