19 May, 2009
JY menghebah berita
Lama tak menulis dalam blog JY ini. Beberapa minggu tak berkesempatan mengemaskini kandungan blog kabankaryajy kerana melaksanakan beberapa tugas rasmi jabatan. Dua minggu yang lalu, 6 - 13 Mei 2009, JY dan rakan-rakan sejabatan berkampung selama 8 hari di Berjaya Times Square, Bukit Bintang Kuala LUmpur bagi menjayakan Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2009, dimana diadakan juga Pameran Koko Antarabangsa dan Majlis Makan Malam Koko Antarabangsa di lokasi yang sama. Berdepan dengan pelbagai manusia ketika mengacarakan aktiviti pentas di ibu negara memberikan satu lagi pengalaman manis yang sukar JY lupakan. Umpamanya ketika menjadi hos program masakan koko bersama Chef Wan Ismail (seorang tukang masak yang popular di negara ini), JY bergandingan juga dengan silibriti Sherina Redzuan dan Nora Danish menjayakan sesi Jualan Kek COklat. Seronok juga bekerja bersama mereka sekurang-kurangnya dapat berkongsi budaya dan disiplin mereka bekerja. Seperkara yang berlaku diluar jangkaan JY sewaktu bertugas dipentas, secara kebetulan bertemu dengan dua sahabat karib dari Sabah. Mula-mula JY bertemu dengan Sdr. Rusdi Awang (Pegawai DBP) yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kemudian bertemu lagi dengan Sdr. Laliman Ahmad (Ahli Kehormat IPS). Bertemu dengan kedua-dua sahabat itu terasa seperti terlalu kecil dunia ini pada kita....Pada majlis Makan Malam Koko Antarabangsa 11 Mei lalu, lagu rasmi koko berkumandang disegenap dewan yang perdana sifatnya. Selepas perasmian dilakukan oleh YB Tan Sri Bernad Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, beberapa artis menghiburkan hadirin antaranya penari kebudayaan, kumpulan gendang dan penampilan istimewa Adibah Noor - the bigest singer in Malaysia! Sebelum itu, pada perasmian Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2009 pada 8 Mei 2009, perasmiannya telah dilakukan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. begitulah sedikit catatan yang sempat JY muatkan untuk KABANKARYAJY hari ini. Salam.
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
jangan pernah berhenti berdoa untuk sebuah kehidupan maka berdoalah
-
terlalu lama tidak menyantuni suaramu ketika kau hadir aku masih kehairanan sapaanmu tetap seperti seorang ayah sambil bertanya kemana anak-...
-
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya