![]() |
| Jasni Matlani (tengah) bersama Jasni Yakub (kiri) dan Sanuddin Hassan menunjukkan memorandum yang dihantar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia di Kota Kinabalu baru-baru ini. |
23 June, 2017
Golongan penulis Sabah masih menunggu pertemuan dengan YAB PM...
Golongan penulis negeri Sabah masih menunggu acara pertemuan dan sesi dialog dengan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Baru baru ini satu memorandum bersama yang ditandatangani oleh lebih 600 golongan penulis dan penggiat sastera dari beberapa persatuan antaranya Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Ikatan Penulis Sabah (IPS), Kelab Penulis Kadazandusun-Murut (MOMOGUNSIA), Jom Sastera Sabah dan Kelab Seni Kinabatangan (KAPUK) telah dihantar ke pejabat YAB Perdana Menteri. Golongan penulis Sabah masih mengharapkan agar YAB Perdana Menteri akan mengambil perhatian dan meneliti isi kandungan memorandum tersebut sekaligus sudi mengadakan pertemuan dengan para penulis Sabah. Golongan Penulis juga berperanan membantu menyampai dan menyebarluas asiprasi kerajaan dalam konteks karya. Kehadiran YAB Perdana Menteri dalam sesi pertemuan dan dialog itu nanti dapat mengungkayahkan permasalahan dan keluhan para penulis Sabah dalam gerakan memartabatkan sastera dan kesusasteraan di negeri ini
.
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...
