Mesyuarat Unit IT di Ibu Pejabat LKM pada 25/5/2017 yang lalu merupakan kali terakhir dipengerusikan oleh beliau yang sempat berkongsi beberapa tips, pesanan dan nasihat sebagai panduan kepada pegawai dan kakitangan Unit IT dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
Selesai bermesyuarat, diadakan pula satu acara ringkas meraikan persaraan beliau. Dalam acara tersebut, beberapa segmen dimuatkan antaranya acara pengkisahan yang menyaksikan suasana sedih dan pilu menyelubungi setiap kakitangan ketika berkongsi kenangan, acara memotong kek sebagai simbolik persahabatan dan kasih sayang, dan acara penyampian cenderamata yang disampaikan oleh Tuan Haji Kharmar Sukarno.
Semoga Tuan Haji Mohd. Pozi Awang suksess dalam mendepani hari-hari muka dan melalui gapura persaraan dalam keadaan yang menyeronokkan. Moga terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan dari Allah SWT untuk terus berkhidmat kepada bangsa dan negara selepas ini...selamat bersara!
Labuan tidak berbukit,
Ada bukit di Batu Arang;
Jasa tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.
Tuan Haji Mohd. Pozi Awang (tengah, bersongkok) merakam gambar kenangan bersama staff Unit Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Lembaga Koko Malaysia dalam acara tersebut. |