03 September, 2009
TAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA ANDA...!
ADAKAH ANDA INGINKAN KERJA SAMBILAN? MBUHAN MINGGUAN BOLEH MENCAPAI RM3,800 DAN KE ATAS JIKA ANDA MELAKSANAKAN DENGAN ISTIQAMAH. TUGAS ANDA HANYA FORWARD EMEL TENTANG VEMMA KEPADA SEBERAPA BANYAK ORANG DAN DIMANA JUGA HANYA MELALUI EMEL. CUKUP MUDAH. KONGSI PENGALAMAN HEBAT BERSAMA VEMMA DENGAN MENDAFTAR PERCUMA DI SINI UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA : www.vemmabuilder.com/668938605 ATAU www.myvemma.com/jasniykb atau sila lawati http://www.jasni.myhomebiz-4u.com/
Mac berlalu, September mengulangi kesedihan JY
Beberapa bulan lalu (Mac 2009), Sabah kehilangan sebutir permata sastera dan budaya apabila Allahyarham Datuk Haji Shuhaibun kembali ke rahmatullah. Kemudian kelmarin (2/9/2009), sebutir lagi permata telah pergi buat selama-lamanya di Sabah (malah negara ini secara keseluruhannya) apabila Allahyarham Datuk Haji Ismail Abas @ Amil Jaya kembali ke rahmatullah, yang dikatakan mengalami sesak nafas selepas pulang dari rawatan rutin di Hospital Queen Kota Kinabalu. Teringat kata-kata Sdr. Hasyuda semasa kami (JY, HA dan ANS) dalam perjalanan pulang dari menziarahi almarhum di kampungnya di Tenghilan tengahari tadi, lebih kurang katanya "yang dah tiada tetapi ada" lebih perit daripada "yang ada tapi tiada". Kerana apabila dah tiada, segala kenangan dan peristiwa semasa bersama tetap hidup subur sampai bila-bila. Hubungan JY dengan almarhum tidaklah seakrab teman penulis lain seperti ANS, HA, JM, Kak Ruby dan lain-lain. Tapi beberapa kali bersama dengan almarhum sebelum ini, termasuk pernah sekali menghantarnya pulang ke rumahnya di Kg. Ketiau selepas bersama menghadiri satu majlis di DBP Sabah beberapa tahun lepas, jelas beliau seorang yang lembut ketika bercakap, sentiasa memberi nasihat dan pandangan sesuatu isu, sangat memberi ruang untuk orang lain memberi pendapat, merendah diri dan kadang agak emosi juga bila memperkatakan hal-hal bangsa dan nasib kaum pribumi khususnya di Sabah. Satu yang masih JY ingat, apabila arwah bercerita mengenai keperitan penyakit dialaminya, beliau berkata "jika Allah menghendakinya, tidak ada satu kuasa pun yang dapat menghalang daripada berlaku. contohnya apabila kita sakit, bermakna sedikit daripada nikmat telah Allah tarik daripada kita. dan bayangkan ketika kita makan, kita hanya merasai perut kenyang, tetapi nikmat masin, manis, masam atau pahit makanan itu dah hilang....." Begitu kata-kata almarhum disamping banyak lagi isi perbualan kami sepanjang 30 minit perjalanan ke rumahnya malam itu. Kini kenangan bersama allahyarham tinggal kenangan dan akan terus hidup dalam ingatan JY sampai bila-bila....moga roh almarhum tergolong dalam kumpulan insan-insan solleh. Amin.
06 July, 2009
2 perkara yang terpaksa ditinggalkan
Salam. Berminggu tak mengemaskini KABANKARYAJY. Maafkan JY atas kesibukan. Pada 4 Julai lalu, dua perkara terpaksa ditingalkan demi menguruskan satu lagi perkara. Memang kedua-dua perkara itu penting, tapi yang satu lagi ini tak kurang pentingnya. Perkara pertama, JY tak sempat hadiri majlis kenduri arwah 100 hari kepulangan Almarhum Datuk Hj. Shuhaibun Yussuf di Dangau Budaya Papar yang berlangsung pada 4 Julai, lepas solat asar. Perkara kedua yang terpaksa ditinggalkan ialah tugas urusetia Seminar Islam anjuran Yayasan Tun Ahmad Shah dan Ikatan Penulis Sabah bertempat di Mimpian Jadi Resort Tuaran sejak 3 Julai hingga 5 Julai. Kerana sekembali dari tugas 'out-station' jabatan tengahari 4 Julai, JY terus bergegas ke Dewan Kuliah Utama ILP Sepanggar untuk tugas rehasal dan sebagai Juruacara Sayembara Puisi dan Syair Merdeka 2009 anjuran Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Sabah dan BAHASA yang diadakan pada malam 4 Julai 2009. Kemudian pada 5 Julai, sepatutnya JY menyusuli HA ke Mimpian Jadi untuk acara penutupan seminar Islam, tetapi sekali berhadapan dengan kendala. Kerana kedua-dua anak JY yang duduk di asrama terpaksa dilengkapkan dengan keperluan sebelum mereke dihantar pulang, yang kemudiannya satu lagi perkara penting perlu JY lakukan ialah apabila terpaksa membawa Hamim (anak lelaki JY) kebetulan mengalami ceret beret sejak beberapa hari lalu, ke klinik di Papar. Aduhai betapa kesibukan menguruskan hal-hal masyarakat dan kerjaya, sama sibuknya dengan menguruskan hal-hal rumahtangga. Moga ini merupakan cabaran yang memberikan JY tanggungjawab baru serta kesabaran juga. Salam...
02 June, 2009
PPSB dan Hasyuda
Sewaktu menulis catatan dalam KABANKARYAJY ini, JY sedari dah 20 hari tak mengemaskini blog ini. Sekadar sebuah catatan peribadi, beberapa tarikh penting bermula 27-29 Mei lalu dimana JY dan 6 orang kru PPSB telah melaksanakan program Sastera dan Budaya di Kem PLKN Tanaki Tambunan Sabah, memberikan ilmu berkaitan sastera dan budaya kepada anak bangsa. Meskipun ketiadaan Sdr. Hasyuda amat dirasai sebagai pelengkap kepada kelancaran PPSB di kem tersebut, begitu juga ketiadaan Karim Gullam, Mariam Omar, Jaslin Idtong, Harmidi serta Hamidun begitu mengganggu fikiran JY, tetapi semangat kami tetap membara mendidik para pelatih seramai 358 orang kesemuanya. Sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Ketua Fasilitator P2/2009, JY membahagikan kumpulan PPSB kepada 4 kumpulan termasuk kumpulan Urusetia yang dibimbing sendiri oleh JY. Kumpulan pertama dibimbing oleh Cikgu OM, kumpulan kedua Cikgu Ali Amat, Kumpulan ketiga Cikgu Haji Manchu dan Maznah SUlaiman dan Kumpulan keempat Cikgu Nurul dan Azroy. Kesemua mereka seperti dijangka telah berjaya mendidik dan memantapkan kumpulan masing-masing dan menampilkan persembahan yang menepati konsep PPSB sewaktu pementasan penutupan MCP 29 Mei yang lalu. Keresahan JY terubat apabila Komandan baru Kem Tanaki Tambunan, Leftenan Kolonial Mohd. Tarmizi Bin Yom TUDM amat menyokong program PPSB ini. Yang menurutnya walaupun beliau kali pertama terlibat dengan PPSB di Kem PLKN, tetapi kegiatan seperti ini tidak asing bagi beliau semasa di TUDM sebelum ini. Beliau bukan sahaja bijak mengupas hal-hal sastera, tetapi juga mengenali beberapa penyair Malaysia antaranya yang disebut ialah Allahyarham Zubir Ali. Sewaktu JY memberikannya sebuah pantun sebagai jawapan daripada Juruacara sewaktu MCP, beliau telah bersedia dengan pantunnya sendiri, tetapi memilih untuk membacakan pantun yang disediakan oleh KF. Keikhlasan beliau menyokong PPSB juga terbukti apabila beliau bersedia menyumbangkan hadiah kepada para pelatih jika program PPSB ini diadakan lagi pada masa akan datang. Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan oleh TKP yang baru, Kapten Roswady Abd. Wahid, menjadikan program PPSB berjalan dengan amat lancar tanpa masalah. Maka PPSB pun berlangsung di Kem PLKN Tanaki Tambunan bermula petang 27 Mei hinggalah kepada penutupannya yang dikenali sebagai Malam Citra Puisi. Antara acara berlangsung ialah dimulai dengan tarian sambut tamu dihidangkan kepada Komandan, kemudian persembahan 4 kumpulan bertanding, persembahan sayembara deklamasi puisi individu, ulasan persembahan, ucapan penutupan komandan kem dan penyampaian hadiah cenderamata. Yang menjadi ingatan kepada kami selaku fasilitator PPSB untuk P2/2009 kali ini, ialah kerjasama baik yang diberikan oleh pihak Kem Tanaki, dan kesantunan para pelatih yang tidak banyak menumbulkan masalah kepada tenaga pengajar PPSB. Moga anak bangsa seramai 358 orang ini akan dapat mengambil sebanyak ilmu mengenai PPSB walaupun tempoh kami melaksanakan PPSB tak lama, hanya sekitar 2 hari setengah sahaja. Banyak pelatih mengatakan masa 3 hari tak mencukupi, ada juga yang mengatakan banyak mendapat input-input baru mengenai seni persembahan, menyanyi, berpuisi dan sebagainya. Ini bermakna suntikan PPSB yang kami bawa mula meresap ke jiwa anak-anak pelatih yang dahagakan masukan ilmu positif yang pelbagai. Moga kami dapat bertemu lagi pada waktu-waktu akan datang. Kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya fasilitator PPSB di Kem Tanaki Tambunan, JY menghargai dan menyanjungi jasa-jasa anda sekalian, yang tidak pernah mengeluh dan pudar semangat menjulang perjuangan mendidik anak bangsa di Kem Tanaki Tambunan. Kemudian, tarikh penting kedua ialah paga tadi (2 Jun 2009), JY menyambut kepulangan saudara dan kekanda Hasyuda Abadi, yang baru tiba dari menunaikan umrah di tanah suci mekah setelah berada di sana lebih 10 hari yang lalu. Walaupun beliau tak dapat bersama ke Kem Tanaki kali ini kerana beruzlah di tanah haram, beliau sempat mendoakan kebaikan pada kawan-kawan, saudara mara dan sahabat handai di hadapan ka'abah. Termasuklah (alhamdulillah...) doa-doa yang JY kirimkan dan juga doa-doa kawan-kawan sempat disampaikan oleh Sdr. HA. Mudahan suatu hari nanti JY dan keluarga akan sampai di Tanah Suci dengan lambaian rahmat Allah SWT. Salam dari JY.
19 May, 2009
JY menghebah berita
Lama tak menulis dalam blog JY ini. Beberapa minggu tak berkesempatan mengemaskini kandungan blog kabankaryajy kerana melaksanakan beberapa tugas rasmi jabatan. Dua minggu yang lalu, 6 - 13 Mei 2009, JY dan rakan-rakan sejabatan berkampung selama 8 hari di Berjaya Times Square, Bukit Bintang Kuala LUmpur bagi menjayakan Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2009, dimana diadakan juga Pameran Koko Antarabangsa dan Majlis Makan Malam Koko Antarabangsa di lokasi yang sama. Berdepan dengan pelbagai manusia ketika mengacarakan aktiviti pentas di ibu negara memberikan satu lagi pengalaman manis yang sukar JY lupakan. Umpamanya ketika menjadi hos program masakan koko bersama Chef Wan Ismail (seorang tukang masak yang popular di negara ini), JY bergandingan juga dengan silibriti Sherina Redzuan dan Nora Danish menjayakan sesi Jualan Kek COklat. Seronok juga bekerja bersama mereka sekurang-kurangnya dapat berkongsi budaya dan disiplin mereka bekerja. Seperkara yang berlaku diluar jangkaan JY sewaktu bertugas dipentas, secara kebetulan bertemu dengan dua sahabat karib dari Sabah. Mula-mula JY bertemu dengan Sdr. Rusdi Awang (Pegawai DBP) yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kemudian bertemu lagi dengan Sdr. Laliman Ahmad (Ahli Kehormat IPS). Bertemu dengan kedua-dua sahabat itu terasa seperti terlalu kecil dunia ini pada kita....Pada majlis Makan Malam Koko Antarabangsa 11 Mei lalu, lagu rasmi koko berkumandang disegenap dewan yang perdana sifatnya. Selepas perasmian dilakukan oleh YB Tan Sri Bernad Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, beberapa artis menghiburkan hadirin antaranya penari kebudayaan, kumpulan gendang dan penampilan istimewa Adibah Noor - the bigest singer in Malaysia! Sebelum itu, pada perasmian Pesta Koko Antarabangsa Malaysia 2009 pada 8 Mei 2009, perasmiannya telah dilakukan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. begitulah sedikit catatan yang sempat JY muatkan untuk KABANKARYAJY hari ini. Salam.
Monolog buat NAN (yang kukenali...)
Nan, namamu yang teratas
sebaris kalam rindu yang tertulis
atas keping kertas ikhlas
riak tawa mewarnai jalur percaya
getar bibir meresapi alur yakin
merdu suara membumbui rasa akrab
seluruh pancaindera membahasakan diri lebih dekat
pada kita
jangan lagi rasa itu jauh itu datang pada kita
semampunya benang ikatan kita simpul
pada lingkaran paling utuh
moga ia tak terlerai lagi
JY, Kota Kinabalu
Sabah
19 Mei 2009
sebaris kalam rindu yang tertulis
atas keping kertas ikhlas
riak tawa mewarnai jalur percaya
getar bibir meresapi alur yakin
merdu suara membumbui rasa akrab
seluruh pancaindera membahasakan diri lebih dekat
pada kita
jangan lagi rasa itu jauh itu datang pada kita
semampunya benang ikatan kita simpul
pada lingkaran paling utuh
moga ia tak terlerai lagi
JY, Kota Kinabalu
Sabah
19 Mei 2009
27 April, 2009
Belasungkawa Pengembara (selepas sebulan tak mendengar suaramu...)
seperti kebiasaan ketika melalui jeraya itu
sebelum melewati landasan keretapi
satu simpang sebelah kiri
sebuah lorong kecil dan sempit
tak bertanda
disana pernah kami mengutip cerita dan cinta
menyulam benang kenangan Pengembara
menghidu wangian bunga bahagia
menulis kisah rukun rumahtangga
jelas disana ada damai sebuah dangau yang hijau
masih segar melihat ayahnda yang ketawa
sambil senyum ibunda dari beranda
sewaktu mendengar khabarberita kami bawa
pelbagai dan gempita
Pengembara, kau lihat kami mengerumuni ruang rumah budaya
ketika idul-fitri, idul-adha, ulangtahun dan bila-bila masa
rombongan anak-anak mengelilingimu penuh santun dan gembira
namun 25 Mac, suasana dulu tak lagi kami temui
berita pemergianmu kami dukung penuh duka
semua yang datang hari itu amat berlainan rasaraga
25 April 2009 tak lagi bisa mengulangi manisnya kenangan itu
setelah sebulan Pengembara meninggalkan kami di pelabuhan ini
mana suara, gelaktawa, hikmat kata-kata, dorongan, pesanan
malah buku lawatan sekalipun, yang mesti tertulis oleh sesiapa saja
tatkala memasuki dangau mu
belasungkawa si Pengembara yang telah hilang jasadnya
tapi terus hidup dan abadi nama, jasa dan cita-citanya
al-fatihah
KabankaryaJY
Kota Kinabalu, Sabah
27 April 2009
sebelum melewati landasan keretapi
satu simpang sebelah kiri
sebuah lorong kecil dan sempit
tak bertanda
disana pernah kami mengutip cerita dan cinta
menyulam benang kenangan Pengembara
menghidu wangian bunga bahagia
menulis kisah rukun rumahtangga
jelas disana ada damai sebuah dangau yang hijau
masih segar melihat ayahnda yang ketawa
sambil senyum ibunda dari beranda
sewaktu mendengar khabarberita kami bawa
pelbagai dan gempita
Pengembara, kau lihat kami mengerumuni ruang rumah budaya
ketika idul-fitri, idul-adha, ulangtahun dan bila-bila masa
rombongan anak-anak mengelilingimu penuh santun dan gembira
namun 25 Mac, suasana dulu tak lagi kami temui
berita pemergianmu kami dukung penuh duka
semua yang datang hari itu amat berlainan rasaraga
25 April 2009 tak lagi bisa mengulangi manisnya kenangan itu
setelah sebulan Pengembara meninggalkan kami di pelabuhan ini
mana suara, gelaktawa, hikmat kata-kata, dorongan, pesanan
malah buku lawatan sekalipun, yang mesti tertulis oleh sesiapa saja
tatkala memasuki dangau mu
belasungkawa si Pengembara yang telah hilang jasadnya
tapi terus hidup dan abadi nama, jasa dan cita-citanya
al-fatihah
KabankaryaJY
Kota Kinabalu, Sabah
27 April 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
Awan, angin, silau dan upaya
Awan yang baldu Tanpa semilir angin Tapi masih ada silau Yang memberiku upaya
-
Kegiatan berteater di Sabah bakal kembali dan menemui khalayak sempena Manifestasi Teater Negeri Sabah (MTS) 2017 yang dijangka berlangsung ...
-
pagiku hanyalah sekeping kenangan yang sering datang seperti kau sentiasa disisi pagiku hanyalah sekepal igauan harapan yang terlalu mendam...
-
lapan hari sebelum raya akulah yang masih termangu tanpa sesiapa semakin hari aku menuju ke alam sendiri seperti kalkatu yang mencari ca...